• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Covid-19 Global Lepasi 60 Juta

oleh
26/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia melepasi angka 60 juta semalam, lapor Agensi Anadolu menurut Johns Hopkins University.

Universiti yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu telah merekodkan 60,186,902 jangkitan dan 1,417,319 kematian sejak virus itu pertama kali dilaporkan di bandar Wuhan, China pada Disember.

AS terus menjadi negara paling teruk dijangkiti, dengan lebih 261,000 kematian dan lebih 12.7 juta kes, diikuti India (9.2 juta kes), Brazil (6.1 juta kes) dan Perancis (2.2 juta kes).

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Sejumlah 38.4 juta orang di seluruh dunia telah sembuh.

Lebih 100 vaksin Covid-19 yang dibangunkan kini berada pada tahap perkembangan yang berbeza. Pengeluar ubat AS, Pfizer dan syarikat bioteknologi Jerman BioNTech minggu lalu mengatakan vaksin Covid-19 mereka 95 peratus berkesan, berbanding anggaran sebelum ini iaitu 90 peratus.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas sebuah lagi syarikat ubat AS, Moderna mengatakan vaksin mereka 94.5 peratus berkesan.

Melihat kepada perkembangan semasa, harapan untuk vaksin Covid-19 semakin cerah, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

“Kini harapan semakin nyata vaksin, bersama dengan langkah-langkah kesihatan awam yang telah dicuba dan diuji, akan membantu mengakhiri pandemik,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus. – BERNAMA

Tags: Covid-19koronavirusseluruh dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd