• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Sindiket Penyeludupan Direman

oleh
26/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Empat lagi individu termasuk seorang lelaki tempatan dipercayai ketua sindiket penyeludupan direman tujuh hari, mulai hari ini, selepas disyaki terbabit dalam serangan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar, dekat sini, kelmarin.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah, selepas mendapat permohonan polis bagi menyiasat semua suspek berusia antara 22 hingga 45 tahun itu.

Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Semalam, seorang suspek warga Thailand berusia 27 tahun ditahan di kawasan berbukit di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan FELDA Mata Ayer oleh anggota PGA kira-kira jam 9 pagi.

Susulan itu, polis melancarkan operasi khas bagi memburu rangkaian sindiket penyeludupan dan berjaya menahan tiga lagi suspek warga tempatan berusia 22, 26 dan 45 tahun secara berperingkat di sekitar negeri ini.

Difahamkan, suspek berusia 45 tahun terbabit adalah ketua sindiket yang aktif dalam kegiatan penyeludupan ketum dan dadah selain mempunyai kaitan dengan kumpulan di negara jiran.

Semalam, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad memaklumkan, pihaknya sedang berusaha memburu rangkaian kumpulan penyeludup termasuk dalang utama seorang lelaki warga tempatan.

Sehingga kini, seramai 22 individu termasuk empat warga Thailand ditahan berikutan kejadian serangan yang menyebabkan seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut, manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, parah. – BH Online

Tags: Anggota PGAsindiket penyeludupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Saya Nak Jumpa Dia Hidup-hidup

Tiga Anggota PGA Nafi Curi RM85,000 Semasa Gempur ‘Mini Dhaka’

29/12/2023
0

Kuala Lumpur: Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencuri wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd