• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Baharuddin, Norihan Dalam Tugasan Risikan

oleh
25/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban dan Koperal Norihan Tari yang parah dalam insiden berbalas tembak di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi semalam tidak memakai baju kalis peluru kerana melakukan risikan dan bukan rondaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acyrl Sani Abdullah Sani berkata selain tidak memakai baju kalis peluru, pegawai atau anggota terlibat dalam tugas risikan juga tidak dibekalkan senjata berat kerana ia berisiko mendedahkan identiti mereka.

“Semasa kejadian kedua-dua mereka sedang dalam tugas buat risikan dan bukannya rondaan. Kalau ikut prosedur operasi standard (SOP), semua anggota keselamatan yang bertugas buat rondaan perlu memakai uniform dan kelengkapan perlindungan.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“…tapi sewaktu buat risikan tidak boleh pakai baju kalis peluru dan bawa senjata berat kerana nanti tidak boleh lagi melakukan penyamaran. Kita masih siasat apakah latar belakang kes ini, adakah serang hendap atau sebaliknya,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak di sini, hari ini. 

Acyrl Sani ditanya persoalan ditimbulkan orang ramai khususnya warga net mengenai kedua-dua anggota PGA dari pasukan Senoi Praaq yang terlibat dalam insiden semalam bukan sahaja tidak memakai baju kalis peluru, malah hanya bersenjatakan pistol Walther P99.

Dalam insiden pukul 3.10 pagi semalam, Baharuddin, 54, terbunuh, manakala rakannya, Kpl Norihan a/l Tari, 39, mengalami kecederaan parah, dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis.

Menjelas lanjut, Acyrl Sani berkata pihak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman sedang mengkaji dan menilai semula SOP yang digunakan semasa tugasan rondaan, risikan dan pencegahan untuk memastikan keselamatan pegawai, anggota juga orang awam. 

Selain itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon untuk mendapatkan 36 kereta perisai (APC) secara berperingkat dalam tempoh lima tahun bagi melaksanakan tugasan rondaan di kawasan sempadan Kedah, Perlis, Kelantan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) kerana wujud ancaman keselamatan terhadap pegawai serta anggota bertugas. 

“Kami perlukan APC ini kerana ancaman oleh pihak yang sentiasa terlibat dengan kegiatan jenayah semakin bertambah. Kena buktikan kami (PDRM) sentiasa mendahului mereka.

“Permohonan dibuat tahun lepas, kami harap dapat 10 unit untuk peringkat pertama. Ia mengambil masa kerana memerlukan kajian teknikal selain kosnya yang agak mahal,” katanya. 

Tanpa menyatakan jumlah APC yang ada sekarang, Acyrl Sani berkata kenderaan itu perlu diganti dengan yang baharu memandangkan ada antaranya yang digunakan sejak lebih 40 tahun lalu iaitu dari zaman insurgensi Komunis. – BERNAMA

Tags: Anggota PGAmaut ditembakSempadan Thailandsindiket penyeludupan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Saya Nak Jumpa Dia Hidup-hidup

Tiga Anggota PGA Nafi Curi RM85,000 Semasa Gempur ‘Mini Dhaka’

29/12/2023
0

Kuala Lumpur: Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencuri wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd