• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM Nafi 600 Pensyarah Sambilan Diberhentikan

oleh
25/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan penamatan perkhidmatan 600 pensyarah sambilan seperti dilaporkan sebuah portal berita berbahasa Inggeris semalam.

Menerusi kenyataan hari ini, Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim menyifatkan laporan bertajuk ‘UiTM re-assesses 600 part-time lecturers after funding cut’ sebagai salah tafsir serta mengelirukan pelbagai pihak.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Dalam kenyataan bertulis UiTM kepada portal berita itu, sama sekali tidak menyentuh isu berkaitan pemotongan bajet universiti. Oleh itu, isu pemberhentian pensyarah sambilan tidak timbul,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Azraai menjelaskan bahawa pengambilan pensyarah sambilan UiTM bagi setiap semester adalah berdasarkan kepada keperluan program serta subjek di setiap fakulti.

“Justeru, jumlahnya adalah berbeza-beza pada setiap semester. Oleh itu, laporan yang mengatakan UiTM memberhentikan pensyarah sambilan adalah tidak tepat dan amat dikesali,” katanya.

Menurutnya, UiTM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang prihatin dengan pembangunan serta operasi universiti malah ia adalah satu proses berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Tags: pensyarah sambilanUiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd