• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pertahanan Cadang Perkenal Semula PLKN

oleh
24/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan bercadang melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan terdahulu. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PLKN sebelum ini memberi kesan yang baik kepada pembentukan patriotisme remaja. 

“Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mencadangkan supaya PLKN dilaksana semula. Ini juga sesuai dengan perintah menteri yang akan meletakkan Akta PLKN di bawah MINDEF. Kita akan sediakan memorandum Jemaah Menteri untuk diluluskan Kabinet,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi MINDEF di Dewan Rakyat hari ini.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mahu tahu mengapa program itu dihentikan dan mencadangkan supaya PLKN diteruskan semula. 

Mengulas lanjut dalam sesi penggulungan, Ismail berkata jurulatih kontrak PLKN yang ditamatkan kontrak ditempatkan di pelbagai agensi dan kementerian bagi tempoh 1 tahun mulai 2019 hingga 2020.

“Tujuan pelantikan ialah bagi memberi peluang kepada pegawai terbabit untuk menampung sara hidup mereka sebelum mendapat pekerjaan lain.

“Bagi cadangan agar pegawai ini diserapkan ke dalam kementerian atau agensi kerajaan lain, perkara ini perlu dirujuk kepada pihak berkuasa melantik seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan sebagainya.”

Katanya, pelantikan kontrak secara “soft landing” itu membabitkan 1,394 bekas pegawai latihan kontrak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). 

Ismail menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang membangkitkan isu jurulatih kontrak PLKN yang ditamatkan kontrak dan mencadangkan mereka diserap kementerian atau agensi kerajaan lain. 

Sementara itu, beliau berkata, MINDEF dalam proses penggubalan RUU berkaitan senjata biologi sebagai antara langkah pencegahan dalam negara untuk menangani ancaman pada masa akan datang selain meneliti cadangan peruntukan kewangan untuk penyelidikan berkaitan ancaman senjata biologi. 

“Memandangkan penyelidikan ini adalah kompleks, MINDEF sedia bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk melaksanakan penyelidikan bersama dalam menangani ancaman itu,” katanya. 

Ismail Sabri berkata, pihaknya juga sudah mengemukakan cadangan peruntukan sebanyak RM607.5 juta di bawah Rancangan Malaysia (RMK) Ke-12 kepada Jabatan Perdana Menteri bagi dipertimbangkan untuk memenuhi pembangunan fasiliti dan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) STRIDE. 

“Kelulusan peruntukan ini kelak dapat memenuhi peranan dan fungsi STRIDE untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi keselamatan dan industri pertahanan tempatan. Inisiatif ini selaras dengan Kertas Putih Pertahanan yang bertujuan membangunkan keupayaan berdikari (self-reliance) industri tempatan dan sebagai pemangkin kepada ekonomi negara,” katanya. 

Menyentuh isu keselamatan Laut Cina Selatan, beliua berkata, Malaysia akan menggunakan saluran diplomasi bagi menghadapi pengaruh ketenteraan negara asing di Laut China Selatan. 

“Pendirian Malaysia adalah jelas, bahawa Laut China Selatan perlu bebas daripada kehadiran kapal-kapal perang bagi mengelakkan ketegangan di kawasan berkenaan,” katanya. – BH Online

Tags: PLKNProgram Latihan Khidmat Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd