• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Bincang PRK Parlimen Gerik, DUN Bugaya

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sudah menerima notis kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen P054 Gerik dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya Sabah.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 18 November lalu berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR akan mengadakan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Katanya, bagi kekosongan luar jangka kerusi DUN Bugaya SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya pada 23 November lalu dan satu PRK juga akan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut berdasarkan kepada Artikel 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah.

“Justeru, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 27 November ini pada jam 9.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat SPR, Menara SPR, Putrajaya yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

“Mesyuarat khas itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Pada 16 November lalu, Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia di Raub, Pahang kerana sakit jantung.

Sementara itu, ADUN Bugaya, Allahyarhamah Manis Muka Darah pula dilaporkan meninggal dunia keesokan harinya kerana menderita sakit buah pinggang.

“SPR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua pemimpin itu dan semoga tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang,” katanya. – Sinar Harian

Tags: DUN BugayaParlimen GerikSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd