• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Sungai Muda: 4 Warga Indonesia Didakwa

oleh
23/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Empat pekerja kontrak warganegara Indonesia dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan pencemaran air Sungai Muda pada 12 November lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh iaitu Dedi Hardianto, 32, Bestian, 38, Andika Safutra, 32, dan Ade Pitria, 33, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan kerana mereka tidak memahami pertuduhan itu.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 22 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi memanggil jurubahasa membaca pertuduhan berkenaan dalam bahasa Indonesia untuk memastikan tertuduh memahami dengan jelas pertuduhan ke atas mereka.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Mengikut pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama dengan sengaja menyebabkan pencemaran air Sungai Muda akibat minyak diesel sekali gus mencemarkan muka sauk di tiga loji rawatan air iaitu Jeniang Baru, Jeniang Lama dan Sungai Pau, Gurun.

Keempat-empat tertuduh didakwa berbuat demikian di KM17, Jalan Kalai Gajah Putih di Sik pada 3.55 petang, 12 November dan dituduh mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin rakyat tempatan.

Selain itu, mahkamah memberikan syarat tambahan iaitu pasport dan permit kerja keempat-empat tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sik bagi setiap 23 hari bulan setiap bulan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azrul Abdul Rahman manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: pencemaransungai mudawarga indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera teruk apabila disimbah air panas, dipukul dan dipicit payudara hingga luka...

Kes Patah Pengilap Cermin Kereta, Warga Indonesia Dijel 15 Bulan Tak Mampu Bayar Denda RM9,000

Kes Patah Pengilap Cermin Kereta, Warga Indonesia Dijel 15 Bulan Tak Mampu Bayar Denda RM9,000

30/10/2024
0

BATU PAHAT : Warga Indonesia yang mematahkan pengilap cermin kenderaan milik orang awam sebelum videonya tular minggu lalu, dihadapkan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd