Tuesday, November 5, 2024

Creating liberating content

PRK Kimanis Bermula Dengan...

BEAUFORT - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis bermula hari ini dengan proses penamaan...

‘Antrabez’ – Band Dianggotai...

INSAF dengan apa yang berlaku ke atas diri mereka, lapan banduan menubuhkan satu...

DAP Cawangan Pantai Sepang...

SEPANG - DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, di sini dibubarkan selepas kesemua 25...

Ramai Panik Duit Dalam...

PETALING JAYA – Media sosial petang ini kecoh apabila pengguna Maybank gagal menggunakan...

Kes Patah Pengilap Cermin Kereta, Warga Indonesia Dijel 15 Bulan Tak Mampu Bayar Denda RM9,000

BATU PAHAT : Warga Indonesia yang mematahkan pengilap cermin kenderaan milik orang awam sebelum videonya tular minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan termasuk memiliki pisau lipat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ramadhani, 25, yang berasal dari Lombok dan juga penganggur bagaimanapun mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja melakukan khianat dengan mematahkan pengilap cermin belakang milik wanita berusia 36 tahun, yang diparkir di hadapan Terminal Bas Batu Pahat, 11.05 pagi, 20 Oktober lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, dia didapati memasuki negara ini tanpa pas atau permit sah di sebuah gedung pakaian, Jalan Soga, di sini, 2.50 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta sama.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua, RM8,000 selain memerintahkannya menjalani hukuman penjara 15 bulan jika gagal membayarnya.

Sementara itu, untuk pertuduhan ketiga, dia didapati memiliki senjata berjadual iaitu sebilah pisau lipat berukuran 19 sentimeter (sm) pada waktu, tempat dan tarikh sama.


Dia didakwa mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya yang memperuntukkan penjara hingga 10 tahun.

Bagaimanapun, memandangkan kes ini di luar bidang kuasa, mahkamah menetapkan 4 November ini untuk sebutan semula kes terbabit di Mahkamah Sesyen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, satu video tular memaparkan tindakan tertuduh mematahkan pengilap cermin kenderaan milik orang awam.

Bertindak atas maklumat diperoleh, polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berjaya menahan tertuduh pada hari sama untuk siasatan lanjut.

Polis turut menemui sebilah pisau lipat dalam beg sandang milik tertuduh semasa tangkapan dilakukan ke atasnya.

Sementara itu, tertuduh yang tidak mampu membayar denda dikenakan terhadapnya, dihantar ke Penjara Kluang untuk menjalani hukuman penjara.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori