• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker Kecewa Sikap Ahli Parlimen Pembangkang

oleh
23/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kecewa dengan sikap ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan peraturan perbahasan menteri selama 20 minit dan hanya 80 wakil rakyat dibenar berada di dalam Dewan Rakyat.

Beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan dibangkitkan semula memandangkan semua ketua whip parti sudah mempersetujuinya dalam pertemuan sebelum ini.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Hari Ahad pun saya datang ke pejabat dan nombor WhatsApp saya pun semua dah tahu. Saya sanggup datang malam Ahad untuk mesyuarat tetapi tiada siapa pun yang hubungi saya dalam isu ini.

“Tetapi bila masuk jam 11 pagi hari ini, semua bangun dan bangkitkan perkara ini. Kita sudah setuju namun tiada siapa hubungi saya untuk bangkitkan perkara ini supaya ia boleh dibincangkan terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, sesi penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili tertangguh kira-kira 30 minit selepas ahli Parlimen pembangkang mencelah membangkitkan isu berkenaan.

Isu itu dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) sejurus tamat sesi soal jawab lisan pada jam 11 pagi dan Azhar mengumumkan sesi penggulungan perbahasan berlangsung mulai hari ini hingga Khamis.

Azhar memberi ruang setengah jam kepada beberapa ahli Parlimen memberikan pandangan sebelum Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berpendapat Dewan perlu diteruskan mengikut aturan dipersetujui. – Sinar Harian

Tags: ahli parlimen pembangkangYang Dipertua Dewan Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa

Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan sudah menghantar...

Ahli Parlimen Pembangkang ‘Ponteng’ Dewan Rakyat Pagi Ini

Ahli Parlimen Pembangkang ‘Ponteng’ Dewan Rakyat Pagi Ini

20/11/2023
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa mempersoalkan ketiadaan Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd