• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Tangguh Piala Malaysia 2020 Kekal

oleh
11/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengekalkan keputusan untuk menangguhkan Piala Malaysia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sudah mendengar rayuan dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

“Selepas berbincang kita dapati bahaya jangkitan ini bukan sahaja di tengah padang dan tidak hanya bermain dengan jumlah pemain sahaja, terdapat petugas teknikal dan sebagainya.

“Jadi mesyuarat memutuskan untuk mengekalkan tidak membenarkan dan menangguhkan Piala Malaysia.

“Saya minta maaf kepada peminat bola sepak di seluruh Malaysia, apa yang kita lakukan adalah untuk menjamin kesihatan semua pihak,” katanya pada sidang media harian, hari ini.

Mengulas berhubung pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan ke Qatar pada minggu depan, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Polisi kita sama iaitu pintu sempadan masih ditutup iaitu warga asing tak boleh masuk manakala rakyat kita pula tidak dibenarkan keluarkan… Polisi ini juga tertakluk kepada semua pihak termasuk pasukan bola sepak.

“Kita tidak tahu standard operasi prosedur (SOP) di luar negara seterusnya pasukan bola sepak tidak dibenarkan kerana tertakluk kepada sempadan negara iaitu ditutup rakyat tidak dibenarkan malah menteri pun tidak dibenarkan.

“Dalam kes bola sepak tidak dibenarkan untuk menjamin keselamatan kerana kita tidak tahu SOP yang ditetapkan di luar negara dan saya mengetahui ada pasukan negara kita akan ke Doha dan itu tidak dibenarkan,” katanya. – myMetro Online

Tags: bola sepakCovid-19JDTPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd