• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Mayat Ditemukan Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah

oleh
10/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua mayat ditemukan tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah resort pelancongan yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata mayat mangsa lelaki ditemukan pada pukul 9.55 pagi sebelum mayat mangsa wanita dijumpai beberapa minit kemudian di dalam jakuzi di sebuah unit resort itu.

“Bagaimanapun, hubungan kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an belum dikenal pasti dan siasatan awal mendapati tanah runtuh berlaku di kawasan cerun salah satu bukit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja mengeluarkan kedua-dua mangsa terpaksa ditangguh beberapa kali pada awal pagi tadi susulan terdapat pergerakan tanah dan pengaliran air namun disambung semula kira-kira pukul 7 pagi selepas mendapat nasihat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak dengan menggunakan backhoe.

Katanya, kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu disedari kakitangan resort lalu mengarahkan semua penginap di dalam empat unit yang berpenghuni untuk menyelamatkan diri namun dua mangsa berkenaan terperangkap.

Beliau berkata kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Azmi Osman berkata seramai 47 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi berkenaan dengan bantuan unit anjing pengesan K9 dari Lembah Klang.

“Tanah runtuh setinggi 100 meter dan pergerakan air di atas bukit kemungkinan disebabkan hujan lebat beberapa hari ini,” katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak, Mat Niza Abdul Rahman berkata pemeriksaan pihaknya mendapati kawasan kejadian dikelilingi bukit batu kapur atas tanah baki yang ditumbuhi pokok namun tanah itu menjadi lemah apabila terkena air hujan.

“Apabila tanah semakin lemah, ia menyebabkan tanah runtuh hingga menimbus sebahagian daripada kawasan resort,” katanya.

Mat Niza berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa bagi langkah seterusnya termasuk melakukan kajian tahap keselamatan di sekitar kawasan tersebut dan tidak menolak kemungkinan terdapat risiko berlaku lagi kejadian sama di lokasi berkenaan. – BERNAMA

Tags: Peraktanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd