• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Rakyat, Ahli Parlimen Wajar Sokong Belanjawan 2021

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap semua Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, demi kepentingan rakyat dan kebaikan negara.

Perdana Menteri optimis semua ahli politik komited dan akan bekerjasama untuk kebaikan negara.

“Pada sesi Parlimen lalu, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang menentang Akta Kumpulan Wang COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas dengan Bernama dan stesen-stesen televisyen tempatan menjelang pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini.

“Melihat kepada kepentingan Belanjawan 2021 dalam meneruskan usaha menangani wabak COVID-19, melindungi kelangsungan hidup golongan mudah terjejas dan memacu ekonomi, saya berharap semua Ahli Parlimen daripada semua latar belakang politik akan menyokong Belanjawan 2021,” katanya.

Muhyiddin berkata, semua pihak perlu menumpukan usaha bagi membantu rakyat yang terkesan teruk susulan COVID-19 ketika negara berhadapan dengan situasi sukar dan menyulitkan.

“Isu di hadapan kita bukan isu kerajaan semata-mata tapi isu negara.

“Kalau kita sayangkan negara kita… kita nak selamatkan negara kita dengan apa cara pun,” kata beliau. 

Perdana menteri berkata , kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab dan bebanan utama dalam perkara itu.

“Boleh ringankan bebanan itu jika semua pihak ketepikan fahaman politik dan membantu kerajaan,” katanya.

“Jemaah menteri boleh laksanakan dan pegawai kerajaan yang diamanahkan pun boleh melaksanakannya, namun kalau pihak lain dapat membantu lagi dalam apa jua sekalipun, ia adalah satu pengorbanan yang amat kita hargai,” katanya.

Muhyiddin percaya belanjawan itu akan mendapat sokongan semua peringkat lapisan Ahli Parlimen dan seterusnya di peringkat Dewan Negara.

“Saya harap ini dapat ditunaikan supaya bebanan kerajaan dan rakyat dapat dikurangkan,” kata beliau.

Perdana menteri berkata, belanjawan tersebut adalah belanjawan yang inklusif kerana pandangan pelbagai pihak termasuk parti pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan, ahli perniagaan dan rakyat.

Beliau berkata, ini juga kali pertama dalam sejarah negara input daripada pembangkang diambil kira dalam penggubalan belanjawan negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadual membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat ini. – BERNAMA

Tags: Ahli Parlimenbelanjawan 2021rakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Bukan Malas, Tetapi Gaji Ditawarkan Sama Seperti Pekerja Asing – Johari Ghani

Rakyat Malaysia Bukan Malas, Tetapi Gaji Ditawarkan Sama Seperti Pekerja Asing – Johari Ghani

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan rakyat Malaysia bukan malas atau tidak...

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berhujan demi menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara Biduanita Negara, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd