• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat BN Dipercayai Bincang Kedudukan Dalam PN

oleh
26/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat tergempar Barisan Nasional (BN) dipercayai membincangkan mengenai kedudukan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) dan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau hadir mesyuarat tergempar itu bagi mengetahui mengenai pandangan BN berhubung sokongan kepada Muhyiddin.

“Itulah yang dibincangkan (kedudukan Muhyiddin) dan saya mahu tahu keputusan BN mengenainya,” katanya kepada media ditemui di lobi Menara Dato Onn, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kedudukan UMNO sama ada masih menyokong PN, katanya beliau tidak tahu dan perkara itu perlu menunggu keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Difahamkan UMNO akan mengadakan mesyuarat MKT malam ini bagi membincangkan perkara yang sama.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi Bernama mengesahkan pertemuan itu yang berlangsung di Menara Dato’ Onn di sini, bermula 1 tengah hari tadi.

Antara yang hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang sebelum itu menghadiri mesyuarat khas Jemaah Menteri di Putrajaya pagi tadi.

Turut kelihatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainal Abidin (Padang Besar), Datuk Seri Idris Jusoh (Besut) dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.

Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng daripada MCA.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk diisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong memutuskan hal itu selepas mengadakan mesyuarat Raja-Raja Melayu bagi memperhalusi permohonan melaksanakan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan yang dipersembahkan Muhyiddin untuk menangani pandemik COVID-19. 

Seri Paduka merasakan kerajaan sekarang berjaya menangani wabak COVID-19 ini dengan baik dan berkesan, kata Ahmad Fadil dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara. – BH Online

Tags: Barisan NasionalMesyuaratperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd