• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Darurat Kesihatan’ Mungkin Dilaksanakan

oleh
23/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan ‘darurat kesihatan’ berikutan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak dalam negara terutama di Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Perkara itu dipertimbangkan selepas mendapat rayuan pengurusan tertinggi pasukan petugas barisan hadapan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada masa sama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dikatakan sudah mendapatkan pandangan daripada pihak berkenaan termasuk Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM berhubung langkah itu.

Bagaimanapun, difahamkan darurat berkenaan bukan perintah berkurung dan orang ramai masih boleh membeli barangan keperluan seperti biasa dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Darurat kesihatan itu akan dilaksanakan selama enam bulan dan sidang Parlimen akan ditangguhkan buat sementara.

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan ketiadaan sidang media harian oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang biasanya diadakan pada jam 4 petang.

Malah, sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga tidak diadakan hari ini.

Pagi tadi, Perdana Menteri mengadakan Mesyuarat Kabinet Khas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Beberapa kenderaan yang dinaiki menteri Kabinet juga dilihat memasuki Perdana Putra, termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein; Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang turut dilihat memasuki Perdana Putra pada kira-kira 9 pagi.

Mesyuarat berkenaan dipercayai tamat sebelum jam 1 tengah hari. – myMetro Online

Tags: Covid-19daruratkesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd