• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saringan Covid-19 Percuma Untuk Pencarum Perkeso

oleh
21/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Saringan koronavirus (Covid-19) untuk pekerja boleh dilakukan secara percuma menerusi panel perkhidmatan yang dilantik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ia selepas Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso diperluaskan kepada semua pencarum di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Hanya saringan melalui panel perkhidmatan ditanggung sepenuhnya oleh Perkeso,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, saringan Covid-19 juga boleh dijalankan melalui kaedah Subsidi Saringan Prihatin dengan kos hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu.

“Majikan boleh mengemukakan permohonan untuk subsidi saringan Covid-19 melalui https://psp.perkeso.gov.my dengan menyertakan resit bayaran,” katanya.

Beliau berkata, Perkeso akan membuat bayaran balik subsidi sehingga RM150 bagi setiap pekerja yang telah menjalani saringan Covid-19.

“Kedua-dua kemudahan tersebut terhad untuk dijalankan melalui majikan sahaja,” katanya.

Saravanan berkata, peluasan capaian PSP Perkeso ini terbuka kepada pekerja asing dan tempatan dalam semua sektor dan industri.

“Pencarum yang pernah menjalani saringan PSP sebelum ini boleh menjalani saringan semula selaras dengan pengumuman yang telah dibuat,” katanya.

Tambahnya, majikan dan pekerja diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sewaktu menjalani ujian saringan Covid-19 agar proses berjalan dengan selamat dan tidak terdedah kepada risiko jangkitan.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh diemelkan ke [email protected] atau menghubungi 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089.

“Pihak kementerian berharap kemudahan yang disediakan oleh Perkeso akan dapat membantu usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19 di negara ini,” katanya.

Semalam, kerajaan memutuskan semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran dalam kawasan PKPB diarah bekerja di rumah mulai esok.

Pelaksanaan arahan tersebut berkuat kuasa sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.

Arahan membabitkan sejuta pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor itu dibuat berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 membabitkan pekerja pejabat termasuk sembilan kluster dari tempat kerja di Selangor yang dilaporkan sehingga semalam.

Selain itu, pekerja yang tinggal di kawasan zon merah juga diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 dengan kos akan ditanggung oleh Perkeso. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Perkesoujian saringan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd