• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soal Kebajikan Negara Lebih Penting Daripada Main Politik

oleh
13/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata soal kebajikan negara lebih penting daripada bermain politik.

Perdana Menteri berkata oleh kerana itu, beliau lebih senang untuk memberi fokus kepada kebajikan negara dan bukannya bermain politik atau mengelak daripada media.

“Saya bukan tidak buat sidang media atau mengelak media. Cuma saya memberi fokus kepada isu yang dihadapi negara setiap hari seperti COVID-19 dan soal pemulihan ekonomi.

“Media adalah satu perkara yang saya beri keutamaan… walaupun ramai yang berminat ingin tanya soalan politik. Nanti rakyat fikir saya lebih suka bermain politik daripada menjaga kebajikan negara,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media khas di kediamannya di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin pada awal sidang media itu turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban ekoran pandemik COVID-19 yang kini mencecah 159 orang.

“Kita telah ambil tindakan sepatutnya (dalam mengekang penularan). Mengikut rekod, jumlah kematian ini adalah lebih kecil berbanding jumlah kematian di negara lain,” kata beliau.

Sidang media itu diadakan secara langsung dari kediamannya memandangkan Perdana Menteri kini  menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selama 14 hari sejak 5 Okt lepas.

Kuarantin itu berikutan beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli telah disahkan positif jangkitan COVID-19 pada Isnin dan menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin Yassinpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

24/07/2026
0

SEREMBAN - Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari yakin politik ‘penyatuan ummah’ yang sedang cuba digerakkan...

Zaman Politik Sentimen Auta Pakatan Harapan Sudah Berlalu – Asyraf Wajdi

Zaman Politik Sentimen Auta Pakatan Harapan Sudah Berlalu – Asyraf Wajdi

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa hairan dengan kempen Pakatan Harapan (PH) dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd