• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertimbang Bantuan ‘One-off’ RM500 Kepada Mahasiswa

oleh
05/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan disaran mempertimbangkan pemberian bayaran one-off sekurang-kurangnya RM500 kepada semua pelajar universiti yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi mengurangkan bebanan mereka yang telah mengeluarkan belanja awal untuk mendaftar masuk bagi pelajar-pelajar baharu dan lama.

Beliau berkata, ia termasuk kos pengangkutan dan pendahuluan rumah sewa sebelum akur dengan keputusan KPT yang menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi akademik Oktober itu.

Menurutnya, walaupun KPT mempunyai justifikasi kukuh untuk tidak mahu mengambil risiko dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini, namun keputusan di saat akhir memberi kesan kepada sebahagian besar mahasiswa.

“Justeru, Pemuda UMNO menyarankan agar pihak KPT dapat membawa cadangan ini dalam Mesyuarat Kabinet minggu ini agar dipertimbangkan cadangan bagi mengurangkan bebanan pelajar dan pihak keluarga masing-masing,” kata Asyraf dalam kenyataannya hari ini.

Terdahulu, KPT mencadangkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran bersemuka pelajar baharu dan lama ke kampus yang dijadual bermula bulan ini.

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad turut mencadangkan penangguhan sama membabitkan pelajar dari kawasan yang dikelaskan sebagai zon merah jangkitan Covid-19. – Sinar Harian

Tags: bantuanCovid-19mahasiswa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Bangladesh memohon bantuan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) bagi membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd