• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hajiji Pengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri Pertama

oleh
01/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Jemaah Menteri kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibentuk selepas GRS memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

Hajiji tiba pada pukul 10.20 pagi di bilik mesyuarat jemaah menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini bagi memulakan mesyuarat itu. 

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Menteri Kerja Raya serta dua lagi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Menteri Pertanian dan Perikanan) dan Datuk Joachim Gunsalam (Menteri Pembangunan Perindustrian).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan; dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim turut menghadiri mesyuarat berkenaan. 

Selasa lepas, Hajiji, 65, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dalam istiadat di Istana Negeri Sabah.

GRS memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada PRN Sabah ke-16 apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Hajiji Noorgabungan rakyat sabahmesyuarat jemaah menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Parlimen Segera Sebelum 1 Ogos

02/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos...

GRS Fokus Laksana Mandat Rakyat, Tidak Terikut Politik Semenanjung

01/04/2021
0

KOTA KINABALU - Parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap fokus dalam melaksanakan mandat rakyat Sabah yang mahukan negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd