• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GRS Fokus Laksana Mandat Rakyat, Tidak Terikut Politik Semenanjung

oleh
01/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap fokus dalam melaksanakan mandat rakyat Sabah yang mahukan negeri itu dibangunkan terutama dari segi ekonomi, dan tidak terikut dengan situasi politik Semenanjung, kata Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, parti komponen GRS mempunyai persefahaman politik yang amat baik dalam melaksanakan mandat itu yang wajar dihormati oleh semua pihak.

“Dapat mandat kita laksanakan mandat rakyat… itu (situasi politik Semenanjung) tidak ganggu keadaan di sini kerana keadaan politik di sana berbeza dengan Sabah, kita tidak boleh terikut dengan cara mereka di sana (Semenanjung).

“Walaupun kita satu negara tetapi jauh juga dipisah dengan Laut Cina Selatan,” kata Hajiji yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Beliau merasmikan pelancaran sambutan ulang tahun ke-75 RTM peringkat negeri di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Kepayan di sini.

Hajiji berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menegaskan pendirian UMNO Sabah mengutamakan kepentingan rakyat yang dahagakan pembangunan serta akan meneruskan kerjasama GRS demi kebaikan rakyat Sabah.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran perkembangan politik negara yang menyaksikan UMNO berhasrat bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Ditanya sama ada situasi politik Semenanjung membawa kesan kepada agihan kerusi Parlimen antara parti komponen GRS pada PRU15, Hajiji berkata, parti komponen GRS akan mencari jalan terbaik bila tiba masanya.

“… kita yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan parti komponen GRS boleh capai kata sepakat untuk kerusi ditandingi… kita tidak perlu gaduh yang penting boleh menang banyak kerusi di Sabah,” katanya.

GRS terdiri daripada parti komponen PN (Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan PAS); Barisan Nasional (UMNO, Parti Bersatu Rakyat Sabah, MCA, MIC) dan Parti Bersatu Sabah (PBS). – BERNAMA

Tags: gabungan rakyat sabahperikatan nasionalUMNO Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Parti Komponen PN Dilarang Kritik Sesama Sendiri Secara Terbuka –  Takiyuddin

Parti Komponen PN Dilarang Kritik Sesama Sendiri Secara Terbuka – Takiyuddin

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengingatkan semua pimpinan serta ahli parti komponennya supaya tidak membuat sebarang kritikan secara terbuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd