• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Parlimen Segera Sebelum 1 Ogos

oleh
02/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini.

Takiyuddin berkata demikian dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Pada Rabu lalu, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan bersama memaklumkan, persidangan khas Parlimen dicadang diadakan sebelum 1 Ogos ini mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Katanya, perkara itu sudah dicadangkan kepada Muhyiddin susulan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Selasa lalu.

“Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini.

“Kedua-dua Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta Timbalan Yang Dipertua kedua-dua dewan menjunjung titah baginda dan menyatakan komitmen serta kesediaan penuh Parlimen Malaysia mengadakan persidangan seperti dititahkan,” menurut kenyataan itu. – BH Online

Tags: mesyuarat jemaah menteripersidangan parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Kontrak, Sijil Vaksin Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Perancangan masa depan untuk doktor kontrak, maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri serta tindakan...

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ditangguh

14/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul untuk menangguhkan pemilihan seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang sepatutnya dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd