• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

79 Bahan Kimia Dijumpai Di Pelabuhan Beirut

oleh
25/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Pakar ketenteraan Lubnan dan rakan sekutu dari Perancis menemui 79 bekas mengandungi bahan kimia berbahaya di Pelabuhan Beirut, lokasi berlakunya tragedi letupan maut awal bulan ini.

“Antara 14 dan 22 Ogos, sebanyak 25 bekas mengandungi asid hidroklorik dijumpai, serta 54 bekas bahan kimia lain dan andai berlaku kebocoran ia boleh mencetuskan bencana,” kata tentera Lubnan dalam satu kenyataan pada semalam.

Pada 4 Ogos, ibu kota Lubnan digemparkan dengan letupan kuat menyaksikan seluruh daerah berdekatan dengan kawasan pelabuhan turut mengalami kemusnahan, lapor agensi berita Sputnik.

Kejadian itu disebabkan 2,750 tan ammonium nitrat tidak disimpan dengan baik di Pelabuhan Beirut, mencetuskan letupan mengorbankan lebih 170 orang manakala lebih 40,000 yang lain cedera. 

Ada beberapa laporan media baru-baru ini mengatakan jumlah kematian seramai 220 orang dan lebih 100 masih hilang.

Berikutan itu, kerajaan Lubnan mengisytiharkan darurat di Beirut. 

Kira-kira seminggu selepas kejadian kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Hassan Diab umum mengundurkan diri berikutan kemarahan rakyat, menyebabkan ribuan penunjuk perasaan mengadakan bantahan menggesa beliau meletakkan jawatan. – BERNAMA

Tags: bahan kimiaBeirutletupanLubnan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd