• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Tak Terkecuali Dari Kuarantin – Muhyiddin

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius perbuatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa melanggar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki, 7 Julai lalu.

Justeru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dilaporkan tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah dengan menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.

Berikutan itu, Mohd Khairuddin dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Beliau turut meminta maaf dan memulangkan gaji sebagai menteri selama empat bulan bermula Mei hingga Ogos sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – BERNAMA

Tags: kuarantinMenteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Menteri Terima RM9.5 Juta ‘Mafia Korporat’ Itu Kenyataan Politik- PMX Anwar

Menteri Terima RM9.5 Juta ‘Mafia Korporat’ Itu Kenyataan Politik- PMX Anwar

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan seorang menteri menerima RM9.5 juta bagi menyelesaikan isu berkaitan...

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan menangisi tragedi membabitkan pelajar bukan penyelesaian, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd