• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia, Lupakah Kita Derita Semasa PKP?

oleh
27/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penurunan kes COVID-19 kepada 13 kes pada Ahad berbanding 23 kes pada hari sebelumnya, mungkin memberi sedikit kelegaan. 

Namun, kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagai memberi amaran jika pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terus tidak dipeduli, kes boleh meningkat ke tiga digit dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.

Kerajaan, katanya tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Lupakah kita pada derita sepanjang PKP?. Kita dilarang merentas negeri, anak-anak rantau tidak boleh pulang ke kampung bertemu orang tua, suami isteri berduka lara hidup berjuahan dan hilang kemeriahan menyambut Aidilfitri.

Pahala solat berjemaah di masjid dan surau juga tidak dapat diperoleh, malah upacara keagamaan kaum lain juga tersekat dek kawalan PKP.  Ramai juga yang terkesan dan hilang punca pendapatan.

Petugas barisan hadapan pula bertungkus-lumus siang dan malam mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Selain tindakan rakyat yang mesti meneruskan kawalan kendiri, usaha kerajaan menguatkuasakan semula kuarantin di stesen kuarantin yang ditetapkan, diharap dapat mengawal semula penularan kes yang sebahagian besarnya berpunca daripada kes import individu yang pulang dari luar negara.

Justeru, sebagaimana seruan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pengembara yang telah pulang ke Malaysia sebelum 24 Julai lalu, yang kini menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, diminta mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan.

Bertindas lebih tegas, Ismail Sabri pula memberi amaran kepada individu yang belum menjalani ujian saringan kedua pada hari ke-13 kuarantin di rumah, akan ditahan dan didakwa mulai hari ini.

Malah, kerajaan juga akan mula mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di dalam pengangkutan awam serta tempat sesak mulai 1 Ogos ini. Langkah ini diharap akan terus mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pada Ahad (26 Julai) 13 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan dengan jumlah kematian seramai 124 kes berbanding 23 kes baharu pada Sabtu, iaitu angka tertinggi sejak 16 Jun lepas.

Malaysia pernah mencapai sifar penularan tempatan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 8 dan 9 Julai lalu, manakala jumlah kes positif terendah pernah dicatatkan, iaitu dua kes pada 10 Jun. – BERNAMA

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd