• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami YouTuber Sensasi Ditahan Cederakan Isteri

oleh
22/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Suami yang juga pasangan YouTuber sensasi ditahan polis kerana disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata berbahaya dalam satu kejadian di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang itu, suspek berusia 29 tahun dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari isteri dan adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.

Perselisihan terbabit berlanjutan sehingga suspek datang ke hospital dan dalam keadaan marah telah memukul isterinya berusia 28 tahun di pekarangan hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan siasatan awal mendapati kes berpunca daripada perselisihan faham ahli keluarga,” katanya.

Tangkapan ke atas suspek dilakukan petang semalam di lokasi kejadian mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 506 akta yang sama atas kesalahan ugutan jenayah.

Polis mendapatkan tahanan reman ke atas suspek selama tiga hari, bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958. – Sinar Harian

Tags: cederakan isteriyoutuber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penghantar Makanan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

Penghantar Makanan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

16/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan mencederakan isteri...

YouTuber Didenda RM2,500 Kerana Miliki Dadah

YouTuber Didenda RM2,500 Kerana Miliki Dadah

22/06/2023
0

PETALING JAYA : Seorang YouTuber didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan memiliki dadah di kawasan parkir sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd