Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Selepas Enam Tahun Melarikan...

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

Tiga Projek Di Tanjung...

TANJUNG DAWAI - Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani memperuntukkan RM350,000 bagi melaksanakan...

Malaysia Akan Salur Bantuan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan untuk mangsa bencana gempa...

Banjir Di Gujarat Korbankan...

NEW DELHI - Angka kematian akibat banjir besar berikutan musim monsun di Gujarat,...

Penghantar Makanan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan mencederakan isteri dengan memukul bahagian muka dan badan wanita itu, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Muhammad Ali Naa Foo Lim, 27, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 28 tahun di sebuah bilik di Bandar Tasik Selatan, Cheras pada 1 tengah hari.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuhairi Osman menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.


Muhammad Ali yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan dia menanggung keluarga serta tidak lagi tinggal bersama isterinya.

Majistret Illi Marisqa Khalizan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bersyarat tambahan seperti dipohon pendakwaan dan menetapkan 19 Feb untuk sebutan kes.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori