• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YouTuber Didenda RM2,500 Kerana Miliki Dadah

oleh Mohd Arshad
22/06/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
YouTuber Didenda RM2,500 Kerana Miliki Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Seorang YouTuber didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan memiliki dadah di kawasan parkir sebuah kondominium di sini, tiga bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majistret, Muhammad Iskandar Zainol, mengenakan denda itu selepas Noel Faizal Firdaus Muhamad, 40, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan kepadanya.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pindaan, Noel Faizal Firdaus didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.68 gram di kawasan parkir di Damansara Perdana, di sini, jam 2.15 pagi, 21 Mac lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Merbahaya 1952 (Pindaan 1980) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama, membawa kepada hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Noel Faizal Firdaus yang tidak diwakili peguam bela merayu hukuman ringan.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Loh Xian Yee, memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh atas faktor kepentingan awam dan kekerapan kes sama yang berlaku.

-Berita Harian

Tags: dadahdendayoutuber
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd