• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Pihak Diseru Sokong Kerajaan Diterajui Muhyiddin

oleh
19/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabungan 115 ilmuwan doktor falsafah (PhD) institusi pengajian tinggi (IPT) menyeru semua pihak memberi penghormatan dan sokongan kepada kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan hari ini, gabungan itu turut menyeru semua pihak supaya akur kepada sistem politik Malaysia yang berteraskan kedaulatan Raja-Raja, keluhuran perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta menghentikan sebarang propaganda dan usaha yang boleh menggugat kestabilan politik demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara terpelihara.

“Kami menyeru semua pihak mengangkat tinggi nilai kemanusiaan dan keagamaan, melaksanakan urus tadbir yang baik serta memastikan kontrak sosial dan peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan, khususnya identiti nasional kita yang berlandaskan identiti Melayu-Muslim, dipatuhi pada setiap masa.

“Justeru, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang amat tegas bagi menjaga perpaduan dalam kalangan semua rakyat serta bagi memelihara keamanan dan keharmonian negara, termasuk dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada dan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menghukum penggugat kestabilan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, parti politik yang membentuk kerajaan perlu bergabung secara rasmi di dalam wadah Perikatan Nasional (PN) yang perlu didaftarkan bagi membolehkan ia berfungsi dengan lebih berkesan dalam mencari penyelesaian kepada segala permasalahan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Selain itu, semua parti politik yang membentuk barisan pembangkang diseru bergabung secara rasmi di dalam wadah Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kabinet bayangannya sendiri bagi membolehkan ia berfungsi dengan lebih berkesan di dalam memainkan peranan semak dan imbang yang sihat dan membina kepada kerajaan semasa.

Gabungan 115 ilmuwan PhD terdiri daripada dua Profesor Emeritus, 21 Profesor, 35 Profesor Madya dan 57 pensyarah kanan.

Antaranya adalah, Felo Penyelidik Utama LESTARI-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo; pakar arkeologi, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh serta penganalisis politik dan perundangan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek. – BH Online

Tags: KerajaanMuhyiddin Yassinperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

Persefahaman BN-PN Penuhi Suara Rakyat – Jalaluddin

Persefahaman BN-PN Penuhi Suara Rakyat – Jalaluddin

26/07/2026
0

SEREMBAN - Persefahaman yang terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd