• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patrick Teoh Mengaku Tak Bersalah Hina TMJ

oleh Cj Mnh
16/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh, dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, awal bulan lalu.

Patrick atau nama sebenarnya Teoh Kang Yong, 73, yang berkemeja lengan panjang berwarna biru mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut kertas pertuduhan, Kang Yong didakwa secara sedar membuat kenyataan itu dalam akaun Facebooknya pada jam 5 petang, 8 Mei lalu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Hakim kemudian memerintahkan Kang Yong membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai ini bagi penyerahan dokumen dan sebutan kes.

Kamarudin juga memerintahkan Kang Yong supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau komen dalam media sosial atau media cetak sehingga kes tersebut selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Mohd Syafiq Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Wong Hong Yi dan M Puravalen.

Terdahulu, Kang Yong yang ditemani isterinya, Chan Hui Min, 52, tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru jam 8.15 pagi.

Pada 9 Mei lalu, Kang Yong ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Sebuah komputer riba milik Kang Yong turut dirampas dan penahanan itu dibuat susulan laporan daripada orang awam berhubung kenyataan jelik dalam laman sosial Facebook berbaur hinaan terhadap Tunku Ismail.

Sebelum itu, Kang Yong didakwa memainkan semula video yang disiarkan Tunku Ismail tahun lalu yang menunjukkan putera sulung Sultan Johor itu dan individu lain berpakaian tentera yang mengendalikan senjata.

Beliau dipercayai berkongsi video berkenaan pada 7 Mei lalu dan menggunakan kata-kata tidak senonoh ketika dia mengulas dalam laman sosial Facebook peribadinya. – Sinar Harian

Tags: patrick teohpolitikTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Larangan Merokok Tak Dihentikan

Next Post

Amnesty International Gesa Kerajaan Lindungi Hak LGBTI

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

Next Post

Amnesty International Gesa Kerajaan Lindungi Hak LGBTI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd