• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Rakyat Penentu Kejayaan Tangani COVID-19

oleh
29/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semalam, genap seminggu tiada kematian direkodkan untuk kes COVID-19 di negara ini, manakala jumlah pesakit sembuh pula mencatatkan hampir sembilan kali ganda berbanding 10 kes positif baharu virus itu.

Ia merupakan angka yang terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan sekali gus menjadi petunjuk, langkah yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini berada di landasan yang tepat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada masa yang sama trend penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat setempat juga didapati semakin berkurangan.

Dalam hal ini, selain kepada petugas barisan hadapan yang tidak jemu memerah keringat dan berkorban masa, sekalung penghargaan juga harus diberikan kepada rakyat di negara ini yang patuh kepada nasihat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Tanpa kerjasama dan pematuhan ini, perkara ini tidak mungkin dapat dicapai.

Walaupun tidak dinafikan ada segelintir rakyat yang degil dengan melanggar SOP PKPB yang ditetapkan, ibarat sebuah keluarga, kadangkala ada anak yang taat pada orang tua, namun ada juga anak yang ‘nakal’ menyebabkan mereka terpaksa dihukum untuk memberikan pengajaran.

Jika bilangan ‘anak yang nakal’ ini terlalu ramai, tentu kerajaan akan menghadapi masalah untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Lihat sahaja keadaan yang berlaku di negara jiran, Indonesia apabila barisan petugas kesihatan kini mula berputus asa kerana semakin ramai rakyat tidak mengendahkan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia sejak 15 Mac lalu.

Ia menyebabkan bilangan kes positif COVID-19 di negara itu setakat ini melebihi 23,000.

Tanda pagar #Indonesiaterserah juga menjadi sohor kini (trending) di media sosial dengan warganet Indonesia memberi komen, sindiran, dan menggunakan ‘meme’ sebagai tanda tidak puas hati kepada mereka yang tidak endah kepada arahan PSBB.

Sudah tentu kita tidak ingin perkara ini terjadi di negara kita, seperti kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pematuhan PKPB oleh masyarakat akan meringankan beban tugas petugas barisan hadapan dan ia penting untuk kerajaan merangka ‘exit plan’ sebelum PKPB ditamatkan.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan bersyaratRakyat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kerana...

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera, Norman Daud mempertahankan kenyataan Perdana Menteri bahawa 85 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd