• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19 Surut Tapi Belum Berakhir

oleh
28/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan angka paling rendah kes positif baharu COVID-19 semalam iaitu hanya 15 kes, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Menariknya, jumlah kes baharu itu memperlihatkan penurunan sangat mendadak berbanding 187 kes positif pada hari sebelumnya, yang sebahagian besar membabitkan individu bukan warganegara.

Melihat situasi ini, jelas memberi semangat dan harapan untuk negara segera bebas COVID-19, apa lagi dengan bantuan barisan petugas hadapan yang memutuskan rantaian penyakit membunuh itu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Bagaimanapun, kerjasama rakyat juga sangat diperlukan, untuk sama-sama meningkatkan disiplin dan kebersihan diri, serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, sepanjang tempoh PKP Bersyarat (PKPB).

Memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) menzahirkan kebimbangan akan berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19, sekali gus mengakibatkan gelombang baharu dalam negara sekiranya masyarakat leka, tidak patuh, dan ingkar SOP.

KKM bimbang, jika berlaku peningkatan COVID-19 susulan pergerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung-mengunjung, rentas negeri, dan pergaulan dalam kalangan masyarakat, semasa sambutan Aidilfitri.

Masyarakat yang kini diberikan sedikit kebebasan dengan PKPB perlu berwaspada, dan tidak mengambil mudah situasi penurunan kes yang berlaku semalam, kerana peperangan menghadapi virus COVID-19 masih belum tamat.

Apatah lagi wabak maut ini turut dikesan wujud tanpa gelaja dan terbaharu simptom seperti kelesuan dan hilang deria bau serta rasa, turut disenaraikan sebagai tanda COVID-19 tidak nyata.

Oleh itu, janganlah memandang ringan akan ancaman yang dibawa pandemik ini dan bersegeralah mengambil langkah sewajarnya jika berasa badan tidak sihat.

Justeru sebagai rakyat, laksanakanlah tanggungjawab untuk sama-sama memerangi pandemik ini. Jangan sia-siakan setiap usaha dan titisan keringat barisan petugas hadapan, yang bekerja tanpa mengira penat lelah sejak awal pandemik COVID-19 menular dalam negara, dan semua pihak patut mengambil tanggung jawab masing-masing.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd