• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perikatan Nasional Semakin Kukuh Kuasai Sembilan Negeri

oleh
18/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perubahan politik yang berlaku di Kedah menyaksikan Perikatan Nasional (PN) kini telah menguasai sembilan negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

Daripada sembilan negeri ini, UMNO memegang jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri terbanyak di empat negeri iaitu Perlis, Melaka, Johor dan Pahang. Pemimpin Pas pula menjadi Menteri Besar di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ketua kerajaan dua lagi negeri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menjadi Menteri Besar di Perak dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, situasi yang berlaku di Kedah mempengaruhi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH) di negeri lain untuk keluar parti sebagai wakil rakyat Bebas.

Menurutnya, PN di Negeri Sembilan hanya memerlukan sokongan tiga lagi ADUN bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan.

“Terdapat tiga ADUN PH di Negeri Sembilan yang dikenal pasti mungkin akan melompat parti atau isytihar Bebas. Seorang daripadanya memang penyokong kuat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“PN sudah menguasai sembilan negeri, maka sudah pasti keadaan ini akan mengubah senario politik negara dan menyebabkan ada ADUN PH terutama yang berada di atas pagar akan menyokong kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, PN semakin memperkukuhkan kedudukan apabila menguasai sembilan negeri ketika ini.

Menurutnya, situasi itu turut memberi petanda kepada rakyat mengenai kesedaran dalam kalangan wakil rakyat bagi menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

“Mungkin apabila mereka bekerjasama, ia akan mempemudahkan kelicinan pentadbiran di peringkat negeri.

“Pada masa sama, bantuan dan sumbangan untuk pengundi di kawasan mereka akan jadi lebih mudah,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kerajaan negeriperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Parti Komponen PN Dilarang Kritik Sesama Sendiri Secara Terbuka –  Takiyuddin

Parti Komponen PN Dilarang Kritik Sesama Sendiri Secara Terbuka – Takiyuddin

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengingatkan semua pimpinan serta ahli parti komponennya supaya tidak membuat sebarang kritikan secara terbuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd