• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditemui Mati Di Tepi Jalan Positif COVID-19

oleh
14/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di tepi jalan di Muadzam Shah, dipercayai berjalan dari Segamat, Johor menuju ke kampung halamannya di Kuala Terengganu, kelmarin.

Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, Rafie Zainal, berkata mangsa yang berusia 30 tahun itu disahkan positif COVID-19 selepas ujian saringan ketika bedah siasat dijalankan terhadap jenazahnya yang dibawa dari Hospital Muadzam Shah, ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang, semalam.

“Arwah dikatakan terlalu rindukan anaknya di kampung menyebabkan dia berkeras untuk pulang dengan berjalan kaki, selepas sekian lama terpisah dengan keluarga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

“Ada sumber memaklumkan kepada kami, arwah ada melintasi sekatan jalan raya (SJR) dan anggota bertugas melihatnya dalam keadaan lemah serta tidak bermaya.

“Atas ihsan mereka, arwah diberikan makanan dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanannya. Namun, dia berkeras untuk berjalan pulang sejak Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Rafie berkata, waris lelaki itu ada meminta pihak berkuasa mengesan kedudukan arwah selepas gagal dihubungi kerana bimbang terhadap keselamatan dirinya.

“Menurut kakak arwah yang menghubungi kami, arwah adiknya itu sangat bertanggungjawab pada keluarganya. Walaupun terkejut dengan khabar berita kematian adiknya itu, dia dan keluarganya tetap reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan oleh pihak hospital mengenai waris arwah tidak mampu untuk menanggung kos pengebumian sebanyak RM1,500.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat itu, mereka membantu urusan pengebumian arwah, termasuk membeli keranda serta menempah kubur dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi pengendalian jenazah pesakit COVID-19.

Katanya, ia termasuk kaedah tayamum untuk solat jenazah dengan jenazah dibalut dua lapisan plastik, tiga lapisan kain dan dua kali proses sanitasi dilakukan sepanjang urusan pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Setali, Kuantan, Pahang, hari ini.

“Sepanjang tiga jam urusan pengebumian itu, kami perlu memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi mengelak jangkitan Covid-19.

“Cuaca agak panas ketika proses pengebumian itu dan kami perlu mengambus tanah secara bergilir-gilir selepas jenazah dimasukkan ke liang lahad.”

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kematian ke-110 (kes ke-6,743) lelaki warganegara Malaysia berusia 30 tahun yang ditemui mati di Rompin.

Katanya, ujian sampel COVID-19 diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 12 Mei 2020 dan kes di bawah siasatan pihak polis dan Pejabat Kesihatan Rompin, manakala punca jangkitan belum dikenal pasti serta masih dalam siasatan. – BH Online

Tags: Covid-19Johorkematianmeninggal duniaTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd