• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampel Ayam Dari Kilang Di Pedas Bebas Covid-19

oleh
14/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan ujian terhadap kesemua sampel ‘ayam seekor’ daripada kilang pemprosesan ayam di Pedas, Negeri Sembilan adalah negatif virus koronavirus (Covid-19), kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Menurut kenyataan JPV hari ini, ia telah mengambil sampel ayam dari kilang berkenaan untuk proses ujian pengesanan virus Covid-19 melalui kaedah Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) susulan insiden beberapa pekerja di kilang itu dikesan positif Covid-19.

Kenyataan itu menyebut bahawa operasi kilang berkenaan juga telah diarahkan diberhentikan sementara bermula 7 Mei sehingga 20 Mei setelah Kementerian Kesihatan dalam kenyataan media pada 8 Mei lepas mengesahkan bahawa beberapa pekerja di kilang tersebut dikesan positif Covid-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurut JPV, kilang itu telah mendapat pensijilan Veterinary Health Mark (VHM) sejak 2008.

“Pemeriksaan daging ayam sentiasa dijalankan oleh Pegawai Pemeriksa Daging bagi memastikan keselamatan dan kualiti ayam yang diproses di kilang tersebut adalah terjamin,” menurut jabatan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa melalui kajian saintifik beberapa agensi dan institusi antarabangsa, antaranya Universiti Macau dan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) Paris, sehingga kini membuktikan haiwan seperti lembu, kambing, babi dan ayam bukan penyebar virus Covid-19 kepada manusia.

Menurut JPV, kajian yang diterbitkan dalam beberapa jurnal antarabangsa itu menunjukkan bahawa penyebab kepada penyakit Covid-19 oleh virus SARS-Cov-2 adalah dari kumpulan betakoronavirus manakala kumpulan gammakoronavirus terdapat pada spesies unggas seperti ayam.

Virus betakoronavirus tidak boleh menjangkiti spesies unggas kerana mempunyai reseptor berbeza, kata jabatan itu.

“JPV menasihatkan masyarakat supaya tidak khuatir untuk memakan daging ayam,” katanya.

Tags: Covid-19Negeri Sembilanpedassampel ayam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd