• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bebaskan Malaysia Daripada Covid-19 Tanggungjawab Bersama

oleh
12/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat diingatkan bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dalam memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19) pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini bagi memastikan negara bergerak ke arah bebas daripada pandemik itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fasa ini memerlukan usaha yang lebih jitu daripada seluruh rakyat Malaysia kerana disiplin diri amat penting bagi memastikan usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 sejak beberapa minggu lepas bukanlah satu yang sia-sia.

“Selagi vaksin yang berkesan belum ditemui untuk melawan wabak ini, kita perlu memantapkan disiplin diri untuk memerangi Covid-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) atau peraturan yang telah ditetapkan. Jangan lakukan aktiviti yang berada dalam senarai aktiviti dan sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPB.

“Didik diri kita dan mereka di sekeliling untuk tingkatkan disiplin diri dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling,” katanya ketika menitipkan pesanan menerusi satu video yang disiarkan dalam laman Facebook Bernama TV hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut mengingatkan rakyat mengamalkan tindakan pencegahan sebagai normal baharu kehidupan seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia antaranya jarak sosial, menjaga kebersihan diri dan memakai pelitup separuh muka di tempat awam.

“Disiplin diri anda. Ikuti saranan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan pihak berkuasa. Insya-ALLAH, kita kekal selamat bersama,” katanya sambil memuji kecekalan rakyat dalam mengharungi tempoh PKP sejak lebih tujuh minggu lepas sehingga berjaya melandaikan lengkungan Covid-19 setakat ini.

Muhyiddin mengakhiri video itu dengan memakai pelitup separuh muka sambil menunjukkan isyarat bagus.

Dilapor pada 10 Mei lepas, kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh PKPB selama empat minggu lagi iaitu sehingga 9 Jun 2020 atas nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana usaha memerangi Covid-19 masih belum berjaya sepenuhnya.

Tags: Covid-19koronavirusMuhyiddin Yassinrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd