• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Semula Ekonomi Melalui Perbincangan Teliti

oleh
06/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan membuka semula sektor ekonomi bermula semalam tidak dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya bersandarkan data dan kajian termasuk membabitkan proses libat urus dengan wakil kerajaan negeri.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kebenaran untuk membuka semua sektor ekonomi semasa negara berdepan penularan pandemik COVID-19 bukan keputusan mudah kerana kerajaan mengambil langkah berhati-hati, teliti dan bertanggungjawab.

Beliau menegaskan keputusan diambil juga tidak langsung mengabaikan pandangan dan penjelasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa wabak pandemik di negara ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Saya nak nyatakan di sini, ini bukan satu keputusan yang mudah untuk diambil kerajaan. Kita mengambil keputusan ini secara berhati-hati dan teliti serta bertanggungjawab. Keputusan ini didukung data dan kajian yang telah dibentangkan oleh Bank Negara Malaysia, Khazanah Nasional, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan dan Industri.

“Kita juga dapatkan maklumat penjelasan daripada KKM di mana ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan bukan tujuan untuk mencatatkan satu tahap tidak ada satu kes COVID-19 langsung. Pandemik itu terus ada dengan kita dalam tempoh panjang selagi tiada vaksin dan penyelesaian menyeluruh.

“Berdasarkan data dan kajian inilah, maka kerajaan ambil keputusan setelah melihat kejayaan dalam membendung penularan COVID-19. Justeru, sudah sampai masanya kita mencerdaskan semua dan mulakan aktiviti ekonomi,” katanya dalam temubual dengan Astro Awani, malam ini.

Mengulas mengenai libat urus dengan wakil kerajaan negeri, Mohamed Azmin menjelaskan, kertas mengenai pembukaan semula sektor ekonomi dibentangkan pada 28 April lalu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut membabitkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Menurut beliau, perbincangan panjang lebar berlangsung mengenai keadaan semasa ekonomi negara dengan semua Menteri Besar.

Sebelum tarikh itu, beliau menjelaskan, pihaknya turut membentangkan kertas sama kepada kepada Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 27 April lalu membabitkan wakil swasta dan kerajaan.

“Kita mula aktiviti ekonomi ini secara berperingkat. Pada PKP 1 dan 2 tumpu aktiviti ekonomi pembekalan makanan dan bahan pembuatan kerana ini kumpulan perkhidmatan perlu. Kita bukan (buka) lapan sektor (terus).

“Perdana Menteri dalam ucapan sebelum ini menegaskan kerajaan ambil keputusan buka ekonomi secara meluas tetapi tertakluk kepada SOP (prosedur operasi standard) begitu komprehensif dan ketat.

“Sekiranya ada keperluan melanjutkan PKP sebulan lagi, KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) akan mengalami kerugian RM35 bilion. Jadi keseluruhan kerugian kepada pendapatan negara sebanyak RM98 bilion. Sekiranya dilanjutkan sehingga Jun, sudah tentulah akan lebih membengkak sehingga RM146 bilion,” katanya.

Tags: KerajaanMohamed Azmin Alipandemik COVID-19sektor ekonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd