• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepulangan Rakyat Malaysia Di Singapura Sedang Ditentukan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, yang diberi cuti tanpa gaji, diminta pulang atau sebaliknya akan diketahui selepas perbincangan antara kedua-dua negara. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat hari ini belum ada kepulangan rakyat Malaysia secara besar-besaran kerana kilang-kilang di republik itu masih beroperasi dan walaupun ada kilang ditutup rakyat Malaysia masih diberi peluang untuk terus tinggal di sana. 

“Tetapi untuk kepulangan beramai-ramai itu kita masih belum dapat butiran daripada kerajaan Singapura. Kita telah mengarahkan Menteri Sumber Manusia berunding dengan rakan sejawat beliau supaya dapat berbincang adakah rakyat kita yang telahpun diberi cuti tanya gaji akan pulang atau tidak,” jelasnya. 

“Dari segi kepulangan (rakyat Malaysia), kita akan rancang supaya tidak berlaku kesesakan. Seperti saya sebut semalam, kita akan menyediakan 10,000 bilik untuk digunakan sebagai pusat kuarantin bagi kita bersedia menerima kepulangan rakyat kita dalam jumlah yang agak besar,” katanya pada sidang harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini. 

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas nasib rakyat Malaysia di Singapura susulan pelanjutan pemutus litar sehingga 1 Jun dengan lebih banyak sektor ditutup. 

Sebelum ini, kedua-dua negara telah berjanji bahawa kepulangan rakyat Malaysia akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan bukan dalam kumpulan yang besar pada satu-satu masa, katanya. 

Sementara itu, Ismail Sabri berkata 15,946 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April.

Sejak 17 April, 4,218 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang.

“Semalam, 738 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib,” katanya sambil menambah sebanyak 196 pusat kuarantin telah beroperasi setakat ini.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanrakyat MalaysiaSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd