• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Orang Nak Jadi ‘Reporter’ Sekarang

oleh
20/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAM tepat menunjukkan 1550Hrs sebaik saya tiba di tempat kerja untuk pertukaran shift.

Cuaca agak mendung dan berangin menandakan hari nak hujan tidak lama lagi.

Kemudian kami didatangi 1 lelaki Melayu menaiki motorsikal dalam keadaan mencurigakan.

Seorang anggota polis dibantu 1 askar telah menahan lelaki tersebut.

“Encik dari mana ya?” tanya anggota polis tersebut. 

“Saya dari hospital tengok bini bersalin,” jawab lelaki itu. 

“Minta IC dan lesen?”

Lelaki tersebut gagal memberikan kad pengenalan dan lesen. Semasa semakan dijalankan enjin motorsikal milik lelaki tersebut masih hidup.

Menyedari keadaan tersebut, anggota polis yang membuat pemeriksaan cuba mengambil kunci motorsikal milik lelaki itu.

Tiba-tiba lelaki tersebut bertindak agresif dan memulas throttle motorsikalnya bertujuan untuk melanggar dan lari dari roadblock kami.

Nasib baik askar yang membuat pemeriksaan bertindak pantas sempat memegang baju lelaki itu dan menghempasnya ke tar jalan raya. 

Berlaku pergelutan dengan lelaki tersebut dan 2 orang askar telah berjaya mengawal keadaan dan lelaki tersebut telah digari.

Dalam kekecohan tersebut saya perasan ada seorang apek Cina menaiki Hilux telah merakam adegan sebentar tadi.

“Encik tahan Hilux tu!” arahku sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah apek Cina tersebut. Anggota polis bertugas berjaya menahan kenderaan tersebut. 

“Keluar sekarang! Tengok phone kau nak delete ke kau nak masuk dalam? Delete depan aku sekarang?” kata saya dalam nada tegas.

“Tak mau cik sorry cik sorry sorry,” berulang kali apek Cina tersebut meminta maaf sambil menunjukkan kepada saya bahawa dia telah delete rakaman video tersebut.

Tak cukup dengan tu askar yang bertugas ternampak makcik cleaner yang kerja di tol PLUS sedang merakam video juga dengan tangannya memegang telefon bimbit di paras perut.

Apa lagi makcik tersebut kena marahlah dengan abang askar pula sampai terkejut dan menangis minta simpati lalu terus delete rakaman video di telefon bimbitnya. 

Kesudahannya lelaki yang ditahan tersebut telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

Hasil semakan lelaki tersebut juga mempunyai rekod jenayah lampau kes samun dan kes rogol. 

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Kawan-kawan,

Tugas kami sebagai frontliner cukup mencabar dan tertekan. Tolong jangan tambah lagi kerja kami dengan merakam video untuk meraih perhatian semata-semata.

Semua orang nak jadi reporter sekarang. Nanti bila video dah viral macam biasalah, mesti fitnah akan berlaku. 

Kemudian mulalah keluar tajuk seperti “Polis dan askar pukul orang di roadblock”, “Polis dan askar tengking apek Cina” dan macam-macam lagi.

Please.

Sarjan Faiz Fitri

Sumber: Facebook Faiz Fitri

Tags: Covid-19pemberitaperintah kawalan pergerakanSekatan Jalan Raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd