• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aplikasi Bnmsafe (8002) Alat Perdaya Mangsa

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANG lesap dalam beberapa minit. Itu situasi yang berlaku selepas mangsa melakukan muat turun aplikasi direka sindiket penipuan dalam talian.

Modus operandi terbaharu sindiket penipuan itu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) selepas menerima laporan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak pada 7 hingga 11 April lalu.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima enam laporan polis daripada mangsa berusia antara 24 hingga 59 tahun membabitkan kerugian RM295,000 bagi tempoh berkenaan.

Katanya, modus operandi sindiket itu membuat panggilan kepada mangsa dipilih secara rawak sebelum menghantar satu pautan melalui WhatsApp dan diarahkan melakukan muat turun aplikasi didakwa daripada Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu bnmsafe (8002).

“Mangsa kemudian diarahkan mengisi maklumat dalam borang dengan logo BNM berkenaan seperti nombor kad pengenalan, nombor kad ATM, kata laluan dan lain-lain.

“Selepas mendapat maklumat berkenaan, sindiket akan mengakses akaun bank mangsa dan meminta nombor kod pengesahan transaksi (TAC) membuat pemindahan wang ke dalam akaun pihak ketiga.

“Sebaik sahaja proses itu selesai, mangsa diarahkan membatalkan dokumen diisi berkenaan sebelum menyedari wang dalam akaun mereka lesap,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mohd Zakaria berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang terbabit dengan sindiket berkenaan.

“Hasil siasatan dilakukan mendapati pautan dan aplikasi berkenaan sudah tiada dalam pencarian internet. Kami percaya ia dihentikan sementara sebelum diaktifkan semula nanti apabila orang ramai leka.

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai mana-mana panggilan yang menyamar sebagai penguat kuasa atau kakitangan daripada institusi kewangan.

“Elakkan daripada memuat turun apa-apa aplikasi yang meminta maklumat peribadi dan perbankan selain jangan menyebarkan maklumat tidak pasti,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang keraguan boleh menghubungi info JSJK (melalui WhatsApp sahaja) di talian 0132111222,” katanya. – myMetro Online

Tags: aplikasiBank Negara MalaysiaKes Penipuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiga laporan yang diterbitkan Mynewshub dikenakan sekatan oleh pengendali aplikasi TikTok selepas platform itu menerima permohonan daripada...

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd