• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rakyat Malaysia Ditempatkan Di Asrama Singapura

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Tiada rakyat Malaysia ditempatkan dalam mana-mana kluster asrama pekerja asing di Singapura, yang menyumbang kepada peningkatan mendadak kes positif COVID-19 pada Khamis.

Bagaimanapun, dua kes membabitkan lelaki Malaysia dilaporkan dengan seorang berumur 36 tahun dikaitkan dengan kluster kedai Mustafa Centre yang pada masa sekarang mempunyai 57 kes disahkan dan seorang lagi berumur 29 tahun masih dianggap sebagai tempatan yang belum ada dihubungkan.

Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Besar Changi dan Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan, demikian menurut data harian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan republik ini dalam laman sesawangnya.

Singapura kini berhadapan dengan dua senario iaitu peningkatan mendadak di asrama, manakala dalam kalangan penduduk secara umum jumlahnya lebih stabil.

Setakat ini, lima asrama diwartakan sebagai kawasan pengasingan dengan terbaharu Asrama Tampines di Tampines Place.

Satu kluster baharu juga dikenal pasti pada Khamis membabitkan sebuah lagi asrama – Shaw Lodge di Shaw Road – dengan lima kes setakat ini menjadikan keseluruhan sembilan asrama terjejas di republik ini.

Pada Khamis, Singapura mencatatkan satu peningkatan tertinggi dalam kes positif harian iaitu 287 dengan 202 kes dikaitkan dengan kluster asrama.

Singapura pada masa sekarang mempunyai 43 asrama yang menempatkan kira-kira 200,000 orang kebanyakannya pekerja dari China, India, dan Bangladesh.

Sehingga hari ini terdapat 466 kes positif membabitkan sembilan daripada 43 asrama.

Kebanyakan pekerja Malaysia lebih gemar berulang-alik setiap hari dari Johor Bahru daripada duduk di republik itu.

Sementara itu, kerajaan Singapura sedang melakukan yang terbaik bagi membendung penularan virus itu di asrama dengan menggunakan strategi tersusun yang antaranya mengasingkan mereka yang dijangkiti virus atau kes yang disyaki daripada mereka yang sihat.

Setakat Khamis, kira-kira 5,000 pekerja yang sihat dalam perkhidmatan penting ditempatkan secara berasingan daripada asrama di beberapa tempat.

Beberapa tempat digunakan untuk penempatan sebegini ialah kem Angkatan Tentera Singapura (SAF), Pusat Pameran Changi dan flat Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) yang kosong dikenal pasti untuk dijadikan tempat tinggal sementara bagi golongan berkenaan.

Tags: asrama pekerja asingCovid-19rakyat MalaysiaSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd