• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24.62 Juta Penutup Mulut Dan Hidung Diedar Kepada Rakyat

oleh
08/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 24.62 juta penutup mulut dan hidung kini dalam proses pengedaran kepada setiap rakyat secara percuma di seluruh negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau, yang juga Menteri Pertahanan berkata, sebanyak empat keping penutup muka akan diagihkan kepada setiap isi rumah.

Beliau berkata tugas pengedaran akan diselia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kepada Majlis Keselamatan Negeri, sebelum diedar ke daerah-daerah melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

“Dari sini ia akan diagih rumah ke rumah oleh petugas barisan hadapan di daerah.

“Untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, ia akan dihantar melalui penerbangan khas Tentera Udara Diraja Malaysia pada Jumaat ini, selepas itu akan diagih ke peringkat daerah dan seterusnya ke rumah-rumah,” katanya pada sidang media hariannya di sini, hari ini.

Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertahanan, berkata ada daerah telah pun menerima penutup mulut dan hidung dan pengedarannya dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat.

Beliau turut menasihatkan hanya mereka yang bergejala perlu memakai penutup mulut dan hidung ketika keluar dari rumah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Pada masa yang sama Ismail Sabri sekali lagi menegaskan bahawa kesemua penutup yang diagihkan itu, dibeli oleh kerajaan dan bukannya disumbangkan oleh mana-mana negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan pemberian penutup mulut dan hidung secara percuma kepada rakyat di negara ini berikutan permintaan yang tinggi sehingga sukar untuk mendapatkannya di pasaran.

Berikutan itu, kerajaan mengimport sebanyak 10 juta penutup itu untuk diagihkan kepada rakyat.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanrakyat Malaysiatopeng muka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd