• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korban Covid-19 Seluruh Dunia Lebih 75,000 Orang

oleh
29/11/2021
dalam Antarabangsa, Berita, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Angka korban Covid-19 di seluruh dunia melebihi 75,945 hari ini.

Agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University berkata, sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China Disember lalu, Covid-19 sudah merebak ke sekurang-kurangnya 184 negara dan wilayah dengan hampir 1.4 juta kes.

Sementara lebih 289,000 pesakit sembuh.

Itali, Sepanyol dan Perancis kekal negara paling banyak mencatatkan kematian manakala Amerika Syarikat (AS) mempunyai jumlah kes tertinggi iaitu lebih 368,000. Jumlah korban di AS kira-kira 11,000 orang.

Jumlah kes di Sepanyol dan Itali masing-masing melebihi 140,000 dan 132,000 kes. Angka korban di Itali pula seramai 16,523 orang diikuti Sepanyol 13,798.

Menghampiri 100,000 kes, Perancis negara ketiga mencatatkan jumlah korban paling ramai iaitu 8,911 orang.

China pula setakat ini melaporkan 3,335 kematian dan hampir 83,000 kes.

Tags: ChinaCovid-19Duniakematian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd