• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muflis, Senarai Hitam Layak Mohon BPN

oleh
06/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan yang diisytihar muflis atau disenarai hitam, boleh menarik nafas lega apabila kerajaan bersetuju membenarkan mereka memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi menyerap impak penularan COVID-19.

Menjelaskan perkara itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, golongan terbabit boleh membuat permohonan mulai hari ini secara dalam talian di www.hasil.gov.my atau pautan https://bpn.hasil.gov.my

“Kerajaan sentiasa prihatin dan mendengar pandangan rakyat dalam memastikan BPN dapat dinikmati semua penerima yang layak dan tiada yang tertinggal.

“Sehubungan itu kerajaan memutuskan pemohon yang layak menerima BPN tetapi berstatus muflis atau disenarai hitam, turut boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi LHDN,” kata kenyataan itu.

Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan memperuntuk sebanyak RM10 bilion untuk membantu rakyat yang layak menerusi BPN bagi golongan rakyat yang layak.

Bantuan yang bertujuan mengurangkan beban rakyat untuk menampung kos sara hidup akibat penularan COVID-19 itu akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan ini dan Mei depan.

Kenyataan itu turut berkata, permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan namun tidak dinyatakan dan bayaran akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) jika diluluskan.

“Kerajaan berharap BPN ini benar-benar dapat membantu semua golongan rakyat yang memerlukannya dan ia dibelanjakan secara berhemah,” kata kenyataan itu lagi.

LHDN turut menasihatkan pelanggan yang mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklum balas berkaitan perkara berkenaan supaya menghubungi Hasil Care Line (HCL) di 03-89111000, HASiL (ejaan betul) Live Chat dan mendapatkan Borang Maklum Balas di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Ia termasuk di media sosial rasmi LHDN seperti di Facebook – https://www.facebook.com/LHDNMdan Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial.

Tags: bantuan prihatin nasionalLHDNmuflissenarai hitam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

22/12/2025
0

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 820.5 juta e-Invois sejak ia mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2024. Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd