• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berhimpun Semasa Penularan Wabak Menyalahi Syariat Agama

oleh
05/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Kanan Al-Azhar semalam bersetuju bahawa berhimpun semasa penularan wabak menyalahi syariat agama sekali pun bertujuan ibadah.

Perkara itu dinyatakan dalam siri kedua fatwa-fatwa berkaitan penularan wabak Covid-19 yang dipaparkan dalam satu kenyataan berbahasa Arab di laman Facebook Majlis berkenaan.

Menurut kenyataan itu, memandangkan wabak ini boleh menular menerusi sentuhan fizikal, Majlis Ulama sepakat bahawa sebarang perhimpunan dan ajakan ke arahnya, termasuk berdoa beramai-ramai merupakan satu kesalahan dari segi syarak.

“Sebaiknya ia dilakukan di rumah masing-masing,” kata kenyataan itu.

Majlis Ulama yang diketuai Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb itu turut meluluskan lima fatwa lain berhubung penularan wabak Covid-19, antaranya larangan menyebar spekulasi dan mempromosikan khabar angin.

“Ia perbuatan yang dikutuk dalam Islam kerana boleh menyebabkan mudarat kepada orang lain dan menimbulkan ketakutan,” katanya.

Kenyataan itu juga menyatakan orang ramai (dalam hal ini Muslim) wajib mematuhi arahan pemerintah termasuk penutupan masjid bagi menjaga kemaslahatan umum semasa pandemik.

Majlis itu turut menegaskan larangan memonopoli barangan dan mengeksploitasi keperluan rakyat semasa pandemik dan bencana sehingga menyebabkan kenaikan harga melampau.

Selain itu, Majlis berkenaan juga memutuskan wajib mematuhi arahan khusus kuarantin dan perintah-perintah lain yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti bagi membendung penularan wabak.

Dalam hal ini, termasuklah larangan menyembunyikan maklumat berkaitan penyakit yang hanya akan menjejaskan keselamatan petugas kesihatan.

Fatwa terakhir dalam siri kedua ini menyatakan agihan dan pembayaran zakat boleh disegerakan sebelum waktu kelazimannya dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19 dan kesannya terhadap asnaf.

Terdahulu dalam siri pertama yang dikeluarkan pada 15 Mac, Majlis Ulama Kanan al-Azhar meluluskan fatwa harus menangguhkan solat Jumaat, termasuklah solat berjemaah di masjid, jika perlu, susulan penularan wabak Covid-19.

Sehingga tengah hari semalam, media melaporkan wabak Covid-19 sudah menular ke lebih 200 negara dan wilayah, yang menyaksikan jumlah kes disahkan positif melebihi sejuta. 

Tags: Covid-19ibadahsyariat agamaumat Islamwabak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd