• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unjuran Korban COVID-19 Di AS Antara 100,000-240,000

oleh
01/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Amerika Syarikat berdepan dua unjuran senario angka korban akibat COVID-19 iaitu seramai 100,000 orang, tetapi jumlah boleh meningkat kepada 2.2 juta jika dalam keadaan terburuk, agensi berita Sputnik memetik data pakar dikeluarkan Rumah Putih pada Selasa.

Senario pertama membabitkan ‘campur tangan’ iaitu langkah oleh pihak berkuasa mengurangkan kesan buruk wabak berkenaan.

Dalam kes ini, kadar kematian adalah antara 100,000 hingga 240,000.

Andai tiada sebarang campur tangan, kadar kematian antara 1.5 juta hingga 2.2 juta.

Selain itu pakar meramalkan, kemuncak jumlah korban akibat COVID-19 di Amerika berlaku pada 15 April – dengan sejumlah 2,214 orang mungkin maut pada tarikh berkenaan.

Kemudian jumlah kematian akan berkurang sehingga 1 Jun dengan kira-kira 250 korban setiap hari dan kurang 100 pada 1 Julai.

Jumlah kematian di seluruh dunia akibat COVID-19, meningkat lebih 40,000 pada Selasa, dengan kes disahkan melebihi 823,000, menurut Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat melaporkan kes paling tinggi – lebih 165,000 – dengan 3,178 kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik.

Tags: Amerika SyarikatCovid-19kematian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd