• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

393 Kes Penipuan Penjualan ‘Mask’ Dilaporkan

oleh
26/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 393 kes penipuan membabitkan penjualan penutup mulut dan hidung dilaporkan kepada polis di seluruh negara dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) setakat ini dengan jumlah kerugian kira-kira RM1.1 juta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya memandang serius aktiviti penipuan itu dan setakat ini, 26 individu ditahan dengan beberapa orang sudah dituduh di mahkamah.

“Ini satu penyakit, masih ada yang mengambil kesempatan untuk menipu masyarakat dalam situasi (wabak COVID-19) ini …pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 hari ini.

Sementara itu, Mazlan berkata 94 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu berkaitan wabak COVID-19 di seluruh negara.

“Ada enam kes sudah dituduh di mahkamah manakala bakinya masih dalam siasatan. Polis menasihatkan orang ramai supaya menggunakan media sosial dengan berhemah.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu berhubung apa jua yang berlaku di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April ini, Mazlan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia untuk melaksanakan perintah itu demi memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan.

“Polis ada strategi tertentu dan saya harap masyarakat mematuhi peraturan yang digariskan dalam tempoh pelaksanaan PKP. Tindakan undang-undang (akan diambil) sekiranya gagal atau ingkar arahan,” katanya. 

Tags: Kes Penipuanlaporan polispenutup hidung mulut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd