• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kes COVID-19 Dijangka Capai Kemuncak Pertengahan April

oleh
25/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Strategi pengujian Malaysia yang agresif : ‘ujian setiap juta kapita’ untuk COVID-19 mendahului negara ASEAN dan beberapa negara Eropah.

Ia membawa kepada jumlah jangkitan yang dilaporkan tinggi dan memberi keyakinan terhadap perkembangan kes dan kadar kematian yang sederhana, demikian kata JP Morgan.

Dalam nota penyelidikan, ia mengunjurkan kadar jangkitan di Malaysia akan mencapai kemuncaknya pertengahan April sebanyak kira-kira 6,300 kes susulan sekatan pergerakan baru-baru ini.

Langkah itu membantu memperlahankan penularan dan dengan kawalan sempadan akan dapat menangani penularan sekunder wabak berkenaan.

Usaha kukuh lain termasuklah sekatan kemasukan terhadap warga asing/sekatan ke atas rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara, sekolah dan kolej ditutup, larangan ke atas perhimpunan sosial dan menutup kedai kecuali berkaitan dengan keperluan harian.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan sebanyak 1,624 kes, dan 183 telah pulih, manakala 15 orang telah meninggal dunia akibat virus dari Wuhan, China itu.

Menyatakan kebimbangan mengenai wabak itu yang memasuki peringkat peningkatan di Malaysia berdasarkan jumlah jangkitan yang meningkat baru-baru ini, JP Morgan yakin fasa itu akan merosot dalam tempoh 1.5 hingga dua minggu sebelum peringkat akumulasi, apabila kadar pertumbuhan jangkitan secara keseluruhan mempunyai potensi untuk perlahan kepada 100-250 hari demi hari.

Mengenai keupayaan pengujian Malaysia, katanya ‘ujian setiap juta kapita’ negara ialah 482, 4 kali hingga 81 kali lebih tinggi berbanding negara ASEAN lain sebanyak enam kepada 109 ujian setiap juta penduduk dan malah lebih tinggi berbanding beberapa negara Eropah lain.

Nisbah kadar kematian di Malaysia juga rendah pada 0.77 berbanding purata di peringkat global sebanyak 4.4 peratus, katanya, sambil menambah di peringkat ini, dilihat risiko kematian di negara ini dapat diuruskan dengan perkembangan kes yang sederhana.

“Katil penjagaan kritikal semasa di Malaysia dianggarkan sebanyak 1,060 (data 2017, setiap Pendaftaran Penjagaan Intensif). Mengandaikan sebanyak 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti memerlukan penjagaan intensif, kapasiti hospital di Malaysia mencukupi untuk menguruskan risiko kematian,” katanya dalam laporan bertajuk ‘Add Malaysia to Asia Infection Curve’.

JP Morgan berkata, negara mempunyai kapasiti untuk menyerap permintaan terhadap hospital pada masa akan datang pada skala yang besar.

Tags: ASEANCovid-19jp morganMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd