• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Rakyat Malaysia Hadiri Ijtimak Tabligh Di Sulawesi Dikesan

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengesahkan 11 rakyat Malaysia yang pergi ke Sulawesi, Indonesia bagi menghadiri Ijtimak Dunia 2020 Zon Asia dikesan di Tawau, Sabah semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka telah menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) dan dikuarantin bagi menunggu keputusannya.

“Memang betul kita menunggu mereka di Tawau dan kita dapat mengesan 11 dari jemaah tabligh…ujian swab telah diambil, kita hanya menunggu keputusan,” katanya pada sidang akhbar harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan menganggarkan 80 hingga 100 rakyat Malaysia ke Sulawesi bagi menghadiri perhimpunan berkenaan berdasarkan sesi libat urus antara beliau dan pemimpin tabligh.

Ditanya berhubung baki rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan itu, beliau berkata, berkemungkinan besar mereka masih di negara jiran itu.

Media sebelum ini melaporkan acara perhimpunan Ijtimak Dunia 2020 Zon Asia itu membabitkan ribuan masyarakat Islam di wilayah Sulawesi Selatan dan dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac.

Bagaimanapun, penganjur dilaporkan membatalkan perhimpunan itu berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, daripada 1,306 kes kumulatif positif Covid-19 di Malaysia sehingga 12 tengah hari ini, 62 peratus kes atau 743 pesakit adalah daripada perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

“Ini bermakna satu dalam setiap 10 individu yang menghadiri perhimpunan jemaah tabligh yang disaring seorang didapati positif Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan perbincangan beliau dengan pemimpin kumpulan tabligh, perhimpunan di Sri Petaling itu melibatkan 16,000 individu.

Katanya, daripada jumlah itu 14,500 merupakan warga Malaysia manakala 1,500 merupakan peserta warga asing daripada 25 buah negara.

Tambah Dr. Noor Hisham, setakat ini 11,000 anggota jemaah tabligh sudah menjalani saringan dan pihaknya menyasarkan kesemua 14,500 warga Malaysia yang menghadiri perhimpunan tabligh itu menjalani saringan.

“Difahamkan dari Indonesia sahaja seramai 695 jemaah menyertai perhimpunan itu. Kita (Kementerian Kesihatan) risau kalau penularan Covid-19 (dari perhimpunan tabligh itu) diimport dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada kes Covid-19 daripada perhimpunan yang lain di negara ini.

Tags: Covid-19Ijtimak TablighIndonesiakoronavirusrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd