• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribuan Tabligh Dari Seluruh Asia Berhimpun Di Indonesia

oleh
18/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Ribuan tabligh di seluruh Asia berhimpun di Indonesia hari ini tanpa menghiraukan kebimbangan pertemuan itu berisiko menyebarkan koronavirus (Covid-19) kira-kira dua minggu selepas acara sama diadakan di Malaysia dan menyebabkan lebih 500 jangkitan.

Pegawai wilayah mengesahkan Ijtima Dunia 2020 anjuran Tablighi Jama’at tersebut sudah bermula walaupun ketua polis mendakwa mereka sudah membuat usaha terakhir untuk memujuk penganjur membatalkan perhimpunan itu.

“Kami lebih takutkan ALLAH. Naluri manusia lebih takutkan penyakit dan kematian,” kata salah seorang penganjur, Mustari Bahranuddin ketika disoal tentang risiko peserta menyebarkan virus itu di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan.

Sementara itu, pegawai wilayah, Arifuddin Saeni memaklumkan penganjur menolak permintaan rasmi pihak berkuasa supaya menangguhkan acara tersebut.

Beliau menganggarkan terdapat kira-kira 8,695 menyertai perhimpunan tersebut di Gowa berhampiran bandar Makassar.

“Jumlah mereka dijangka bertambah. Mereka datang dari 48 negara termasuk Thailand, negara Arab, India dan Filipina,” jelasnya lagi.

Difahamkan, kira-kira 16,000 pengikut menyertai perhimpunan tabligh itu ketika ia berlangsung pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu di Malaysia. – Agensi

Tags: Covid-19Indonesiakoronavirustabligh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd