• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Tolak Cadangan Bonus 3 Bulan Gaji Untuk MBPJ

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor hari ini menolak cadangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memberi Ganjaran Khas Prestasi Majlis 2014 sebanyak tiga bulan gaji kepada anggota majlis dan kakitangannya.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata bagaimanapun, MMKN bersetuju untuk memberi ganjaran satu bulan gaji tertakluk kepada penilaian prestasi menyeluruh MBPJ.

“Peningkatan kutipan hasil diperolehi menerusi pembayaran cukai rakyat kepada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan ia tidak boleh dilihat sebagai keuntungan perniagaan.

“Kutipan hasil dan rezab perlu diurus dengan berhemat dan dikembalikan kepada rakyat melalui pembangunan berkualiti dan perkhidmatan efisien,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata atas faktor itu, MMKN Selangor menolak cadangan MBPJ untuk memberi ganjaran atau bonus sebanyak tiga bulan gaji kepada kakitangannya.

Pada Jumaat lepas, MBPJ mengemukakan cadangan untuk memberikan kakitangannya bonus sebanyak tiga bulan gaji berikutan peningkatan prestasi pihak berkuasa tempatan itu. – BERNAMA

Tags: BonusKerajaan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd