• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adly Enggan Lepaskan Jawatan Ketua Menteri Melaka

oleh
03/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari enggan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri walaupun tidak memperoleh sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini.

Ketika berceramah pada Program Solidariti Adly Zahari di luar perkarangan Kompleks Seri Negeri, di sini malam ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil itu berkata, beliau tidak sesekali akan mengkhianati mandat rakyat yang mengangkatnya sebagai Ketua Menteri.

“Saya sudah menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka (Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob) bagi meminta supaya DUN dibubarkan. Biar kita lawan, baru kita tahu siapa yang layak (mentadbir Melaka).

“Kita lawan Barisan Nasional (BN). Rakyat sudah jatuhkan kerajaan yang salah guna kuasa, puluhan tahun rakyat berjuang berhabis wang ringgit, tenaga dan korbankan masa, (tetapi) hanya satu dua kerat pengkhianat, mandat rakyat dikhianati,” katanya.

Ketua Menteri berkata, jalan yang terbaik untuk melihat mandat rakyat berpihak kepada sesuatu pihak, pilihan raya negeri perlu diadakan berdasarkan kepada Perlembagaan Negeri Melaka.

Mengulas mengenai dakwaan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee bahawa beliau selama 22 bulan menjadi ‘baruah’ dalam PH, Adly berkata persoalan itu tidak perlu ditimbulkan ketika ini.

“Jangan sebut (barua). Rakyat boleh fikir kamu (Norhizam) jadi barua atau tidak (kerana) kamu dahulu di bawah diangkat oleh DAP, diletakkan di satu tempat yang lebih tinggi dari kawan-kawan lain.

“Saya beri tempat lebih daripada orang yang berjuang lebih lama daripada kamu. Saya beri jawatan EXCO, kamu diberikan segala kelebihan lebih dari orang lain.

“Kenapa kamu khianati mandat rakyat ini, kalau bukan kamu memikirkan ‘tembolok’ kamu sendiri,” katanya.

Barisan Nasional (BN) Melaka, hari ini mengumumkan membentuk kerajaan negeri yang baharu menerusi gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), selain penyertaan ADUN Rembia dari PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Pengkalan Batu dari DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) itu.

Adly kemudiannya mencadangkan kepada Mohd Khalil supaya membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hasan, kemudiannya memaklumkan bahawa Mohd Khalil tidak bersetuju dengan cadangan Adly itu.

Ini kerana, Mohd Khalil sudah mendapat representasi daripada sebilangan besar ADUN Melaka bahawa Adly tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN. – BH Online

Tags: Adly ZahariKetua Menteri Melakapakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua Polis Negara Bertemu Mahathir

Next Post

59% Rakyat Pendapatan Rendah Sokong Perikatan Nasional

Related Posts

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

31/03/2023
0

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka...

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

21/09/2022
0

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima, Datuk Seri Mohd. Adib Mohamad Adam menghembuskan nafas terakhir hari ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Perkara...

Next Post

59% Rakyat Pendapatan Rendah Sokong Perikatan Nasional

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd